Archive for Agama

Keletihan Pengembaraan Duniawi

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Firman Allah S.W.T:

kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan seketul daging dan seketul daging itu Kami jadikan tulang- belulang, lalu tulang –belulang itu Kami baluti dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka, Maha Suci Allah. Pencipta yang Paling Baik.”

( al-Mu’minun:14)

sesungguhnya begitu lah permulaan perjalanan sebuah penciptaan seorang insan bergelar manusia. 9 bulan 10 hari dalam rahim bonda, mengungkap jutaan rahsia , perjanjian demi perjanjian antara janin mulus yang bakal bergelar manusia dengan Penciptanya. Janji dipatri dengan kesanggupan menggalas kewajipan seorang hamba, mengabdikan diri dunia dan akhirat kepada Allah yang Maha Esa.

Sampai saat tiba, lahirlah anak kecil melihat dunia diiringi tangisan pertama, pelbagai rasa, gembira kerana diri merupakan sebaik-baik ciptaan

Firman Allah S.W.T:

“ sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”

(at-Tin: 04)

Namun, sedih ,takut dan risau untuk meneruskan perjalanan yang bernama insan, yang pastinya semakin hari semakin akan diuji, menyaksikan sebuah kisah hidup yang memerlukan kekuatan iman, ketabahan hati dan keteguhan semangat serta kesabaran jitu menempuh segunung ujian, menentukan tahap dan kedudukan seorang hamba di sisi tuhannya.

Firman Allah S.W.T:

sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur**, yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan),kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.”

(al-Insan: 02)

** bercampur antara benih lelaki dan perempuan.

Begitulah indahnya kejadiaan seorang anak Adam perintis kepada sebuah kedamaian dunia dan akhirat dan anak Adam itu juga lah pencetus kesengsaraan dunia dan akhirat,

Maka, diri sendiri bertemankan pemikiran rasional yang sentiasa mengingati tuhannya sahaja yang mampu memandu jasad dan rohnya agar terus berada di atas landasan kebenaran.

Duhai insan,

pandulah dirimu dengan iman dan takwa, jauhi lah segala larangan dan usirlah nafsu amarah dari terus mendekatimu, tingkatkan doa dan pohonlah kesejahteraan dunia dan akhirat, moga pasak iman dalam jiwa tak mampu di goyahkan oleh musuh (iblis dan syaitan) selamanya. Pintalah dirimu sesuci kali pertama matamu merenung dunia, tidak bernoda tatkala tiba saatnya nyawamu terpisah dengan jasadnya.

Ingatlah….

Andai songsang langkahmu, terbazir masa dan peluang yang pernah dihadiakan Illahi untuk dikau mengumpul bekalan agar boleh dijadikan bekalan untuk mencapai kejayaan di akhirat sana, andai kehidupan hari ini juga tidak dihiasi dengan munajat menyuci nista,

pasti tak akan kau temui tenangnya, mahukah kehidupan yang dinikmati umpama mencari sebutir permata di celah kepingan kaca-kaca halus yang terhempas di kawasan

gersang? Sanggupkah hari-hari yang dilalui hanya sekadar sebuah KELETIHAN PENGEMBARAAN DUNIAWI? Sedangkan …hakikatnya kebahagiaan itu mampu kau petik dengan pohon iman yang rendang dan sarat dengan dedaun takwa dalam sanubari.

Sudah pastilah jawapannya…

TIDAK MAHU!!!!

P/s: sekadar muhasabah kembali perjalanan kita yang bergelar insan, diciptakan dengan tujuan dan dimatikan juga dengan tujuan..hargailah kehidupan yang ada dengan seadanya, usah dilupa bahawa “Janji Allah Itu Pasti Berlaku”

Fikir-fikirkan

nukilan khusus buat seorang temanku, terima kasih kerana mencetuskan ilham “KELETIHAN PENGEMBARAAN DUNIAWI” dan terima kasih juga di atas kesudian saudara meminjamkan ‘title’ sebagai bingkisan penulisan saya pada kali ini walaupun ianya adalah hak cipta terpelihara, moga kasih ILLAHI sentiasa mewarnai harimu. Jazakallah

~kembara2dunia~ kenitra ville, 01 ogos 2008. 13:43

Advertisements

Patri Ceria

ukirkan senyum di pahit hempedu

garap indah melawan payah

khabarkan bulan kukirim rindu

sayugia esok beroleh hidayah

KALAM ILLAHI MERUNGKAP SEGALA PERSOALAN

1. Kenapa aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

’’kami telah beriman“ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami

telah menguji orang2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2

yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta’’ (al-ankabut: 2-3)

2. kenapa aku tak dapat apa yg aku nak?

’’Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula

Kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.“ (al-baqarah:216)

3. Kenapa ujian seberat ini?

’’Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya“

(al-baqarah:286)

4. kenapa rasa kecewa?

’’janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman“

(al-imran:139)

5. Arghhh…aku dah tak dapat bertahan lagi!!!

’’….dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir“ (yusuf:12)

6. Apa yang aku dapat dari semua ini?

’’sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……“(at-taubah:111)

7. Bagaimana harus aku hadapi segalanya?

’’wahai org2 yg beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam

mengerjakan perkara2 yg berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada

kesabaran musuh,di medan perjuangan, dan bersedialah( dengan kekuatan pertahanan

di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya

(mencapai kemenangan)” (al-imran:200)

‘’ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan

sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk“ ( al-baqarah:45)

8. Kepada siapa dapatku bergantung harap?

’’ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal.“ ( at-taubah:129)

p/s:
hidup
+senyumduka =ceria

~kembara2dunia,kenitra ville, 2008

Triple I (islam~iman~ihsan)

“Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. (hari kiamat)

Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata(umar): Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda : Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

(Hadis riwayat Muslim)

kandungan hadis:

1. hadis ini amat jelas maksudnya… di mana ia menceritakan tentang:-

i-apakah Islam???

iaitu sesuatu yg kita dah belajar sejak tadika lg kan??? cuma persoalannya sekarang, adakah kita memahaminya dan melaksanakannya??? rata2 muslim di Malaysia nih, kita mempelajarinya, dan melaksanakannya tanpa mendalami terlebih dahulu maksud2 rukun Islam ini… betul kan??? tp xpe, x terlewat lg… masih bleh belajar… Dcuba kita fahami makna kalimah syahadah itu sendiri… dan, kita tanya pada diri kita, kenapa kita solat??? apa faedah2nya??? kalau la kita solat hanya semata2 nak lepaskan tanggungjawab kita sbg muslim, maka kita dikira msh belum memahaminya… seseorg yg telah memahaminya akan cuba utk memperbaiki ibadah solatnya, cuba melakukan solat2 sunat kerana mereka merasai kenikmatan menunaikan ibadah solat… dan apb seseorg itu merasai kemanisan ibadah solat, dia akan merasai bahawa solat ini ada 1001 mcm kebaikan… antaranya, solat itu adalah doa! solat itu adalah sbg tanda ketaatan kita kpd Sang Pencipta… dan jgk, solat itu adalah satu bentuk exercise! begitu jg ibadat puasa, zakat dan haji… ada kebaikannya..

ii- apakah Iman???

ini pun kita telah pelajarinya sejak masuk pre-school lagi kan??? skali lg, adakah kita benar2 memahaminya???? ermmm… klu belum, ambil la masa utk mempelajari ilmu ini.. x rugi.. (sy sdri pun masih cuba sedaya upaya utk menambah ilmu dlm memahami ilmu2 ini…. :D) cth yg bleh kita buat??? ermm… mempelajari ilmu2 al-quran… dah khatam 7-8 kali, pekata kali nih baca tafsir plak n fahamkan n once dah faham, apply dlm kehidupan seharian… jom kita sama2 jadi generasi al-quran yg unik!!!! D

2. ermm..then, hadis nih jg ada menyentuh ttg ihsan! ihsan maksudnya ikhlas dan tekun.. dan apb kita memahami mksd ihsan nih, kita melakukan ibadah seolah2 kita melihat ALLAH.. atau tak pun, kita akan ikhlas dlm menunaikan ibadah kerana kita tahu, ALLAH itu melihat kita!

3. dan yg terakhir… tiada sesiapa yg mengetahui bila akan terjadinya kiamat! tetapi berdasarkan hadis ini, kita mesti aware kan, kiamat itu amat dekat dgn kita skrg.. telah berlaku tanda2 kiamat yg disebutkan oleh Rasulullah SAW… ibu menjadi ‘org gaji’ anak2nya sendiri…dan ramai aje org berebut utk mendapatkan harta dunia… huhuhuhu


jadi mesej yang boleh diambil???

jom bersam-sama kita muhasabah diri kita, tak lama dah masa yang kita ada, bila-bila masa ajal akan datangg menjemput… kalau masih tak faham erti sebenar rukun islam dan iman, sama-sama lah kita belajar untuk memahami, faham di sini bermaksud sekadar faham tetapi kita faham as a whole! )

sekadar satu peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian…moga bersama mendapat rahmat dan kasih sayang-Nya..Allahu a3lam.~kembara2dunia~kenitra ville 2008