Siapakah Aku Yang Sebenar…..

Anis Qurratu ‘Aini nama diberi, dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada tanggal 20 Mac 1989,bersamaan hari Isnin,merupakan permata hati kepada Puan Noormala Abdul Ghaffar dan Encik Jamaluddin Abdul Jalil,memulai pendidikan menengahnya  di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan (2002-2006), merupakan seorang pelajar yang meminati bidang penulisan dan bahasa serta aktif ketika di sekolah, beliau sering mewakili sekolah, zon,daerah dan negeri dalam beberapa acara yang sering dipeloporinya seperti syarahan bahasa melayu dan inggeris, debat bahasa inggeris, forum serta pidato. Beliau juga seorang yang menggemari aktiviti lasak dan sering mengikuti program-program yang berunsurkan kesukanan mahupun di sekolah atau secara persendirian, meminati sukan berkuda dan pelayaran mendorong beliau untuk menganggotai badan-badan khas seperti Kadet Remaja Islam Malaysia, Rakan Muda dan sebangainya. Pada penghujung tahun 2006, sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, beliau telah merantau ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mengikuti  kursus intensif bahasa Arab selama 3 bulan di  bawah penyelenggearaanYayasan Islam Kelantan Darul Naim. Lantaran itu, beliau  telah melebarkan pengembaraan intelektualnya  ke Universiti Ibn Tofail, kenitra ,Morocco  pada  tarikh 31 oktober 2006 dalam jurusan pengajian Islam. berpegang kepada prinsip” Nakhnu Du’atun Qabla Kulli Syai’in ( kita adalah penyeru di jalan Allah sebelum menjadi sesuatu) menyebabkan beliau sentiasa memberikan apa yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan, bercita-cita besar untuk menjadi seorang pensyarah dan penulis pada suatu hari nanti, moga impian beliau menjadi kenyataan, demikianlah secorek pengenalan  buat semua…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: