Archive for Ogos, 2008

Harga Sebuah Iman

~dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

kucoretkan sebuah kisah ringkas buat paparan semua, moga semua pembaca beroleh manfaat

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.


Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.


“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

“Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup”, monolog imam tersebut sendirian.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.


“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya”, pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.


Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,

“Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.


Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

” DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT “

p/s: berfikirlah dgn rasional serta diiringi oleh timbangan  iman dalam melakukan sesuatu keputusan, ingatlah!! dgn hanya satu perlakuan adakalanya mampu merubah jutaan keadaan…

:: kepada Puan Sabrina… terima kasih ::

~kembara2dunia~ kenitra ville 18:20

Keletihan Pengembaraan Duniawi

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Firman Allah S.W.T:

kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan seketul daging dan seketul daging itu Kami jadikan tulang- belulang, lalu tulang –belulang itu Kami baluti dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka, Maha Suci Allah. Pencipta yang Paling Baik.”

( al-Mu’minun:14)

sesungguhnya begitu lah permulaan perjalanan sebuah penciptaan seorang insan bergelar manusia. 9 bulan 10 hari dalam rahim bonda, mengungkap jutaan rahsia , perjanjian demi perjanjian antara janin mulus yang bakal bergelar manusia dengan Penciptanya. Janji dipatri dengan kesanggupan menggalas kewajipan seorang hamba, mengabdikan diri dunia dan akhirat kepada Allah yang Maha Esa.

Sampai saat tiba, lahirlah anak kecil melihat dunia diiringi tangisan pertama, pelbagai rasa, gembira kerana diri merupakan sebaik-baik ciptaan

Firman Allah S.W.T:

“ sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”

(at-Tin: 04)

Namun, sedih ,takut dan risau untuk meneruskan perjalanan yang bernama insan, yang pastinya semakin hari semakin akan diuji, menyaksikan sebuah kisah hidup yang memerlukan kekuatan iman, ketabahan hati dan keteguhan semangat serta kesabaran jitu menempuh segunung ujian, menentukan tahap dan kedudukan seorang hamba di sisi tuhannya.

Firman Allah S.W.T:

sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur**, yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan),kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.”

(al-Insan: 02)

** bercampur antara benih lelaki dan perempuan.

Begitulah indahnya kejadiaan seorang anak Adam perintis kepada sebuah kedamaian dunia dan akhirat dan anak Adam itu juga lah pencetus kesengsaraan dunia dan akhirat,

Maka, diri sendiri bertemankan pemikiran rasional yang sentiasa mengingati tuhannya sahaja yang mampu memandu jasad dan rohnya agar terus berada di atas landasan kebenaran.

Duhai insan,

pandulah dirimu dengan iman dan takwa, jauhi lah segala larangan dan usirlah nafsu amarah dari terus mendekatimu, tingkatkan doa dan pohonlah kesejahteraan dunia dan akhirat, moga pasak iman dalam jiwa tak mampu di goyahkan oleh musuh (iblis dan syaitan) selamanya. Pintalah dirimu sesuci kali pertama matamu merenung dunia, tidak bernoda tatkala tiba saatnya nyawamu terpisah dengan jasadnya.

Ingatlah….

Andai songsang langkahmu, terbazir masa dan peluang yang pernah dihadiakan Illahi untuk dikau mengumpul bekalan agar boleh dijadikan bekalan untuk mencapai kejayaan di akhirat sana, andai kehidupan hari ini juga tidak dihiasi dengan munajat menyuci nista,

pasti tak akan kau temui tenangnya, mahukah kehidupan yang dinikmati umpama mencari sebutir permata di celah kepingan kaca-kaca halus yang terhempas di kawasan

gersang? Sanggupkah hari-hari yang dilalui hanya sekadar sebuah KELETIHAN PENGEMBARAAN DUNIAWI? Sedangkan …hakikatnya kebahagiaan itu mampu kau petik dengan pohon iman yang rendang dan sarat dengan dedaun takwa dalam sanubari.

Sudah pastilah jawapannya…

TIDAK MAHU!!!!

P/s: sekadar muhasabah kembali perjalanan kita yang bergelar insan, diciptakan dengan tujuan dan dimatikan juga dengan tujuan..hargailah kehidupan yang ada dengan seadanya, usah dilupa bahawa “Janji Allah Itu Pasti Berlaku”

Fikir-fikirkan

nukilan khusus buat seorang temanku, terima kasih kerana mencetuskan ilham “KELETIHAN PENGEMBARAAN DUNIAWI” dan terima kasih juga di atas kesudian saudara meminjamkan ‘title’ sebagai bingkisan penulisan saya pada kali ini walaupun ianya adalah hak cipta terpelihara, moga kasih ILLAHI sentiasa mewarnai harimu. Jazakallah

~kembara2dunia~ kenitra ville, 01 ogos 2008. 13:43