Archive for Jun, 2008

Timun Dan Al-Kisahnya

Assalamualaikum,

menerima emel dari seorang teman yang berada jauh di perantauan sememangnya menyeronokkan, apatah lagi andai teman itu berada di negara yang bukan sebenua dengan kita. Baiklah, kita tinggalkan sahaja cerita tentang keseronokkan menerima emel tadi dan kita terus pergi ke message yang boleh kita ambil di sebalik emel tersebut.

Saya agak tertarik dengan cerita yang dikongsikan oleh seorang rakan mengenai ‘timun jepun’.Menurut rakan saya yang berada di sana, timun merupakan antara sayuran yang kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakatnya melainkan untuk membuat sushi sahaja..itupun bukan selalu digunakan bergantung juga kepada kegemaran individu. Penjualan timun agak kurang mendapat sambutan mungkin di sebabkan timun adalah sejenis sayuran yang termasuk dalam katogori ‘sayuran sejuk’, mungkin agak kurang sesuai untuk dimakan selalu oleh penduduk Jepun memandangkan negara mereka mengalami musim sejuk yang panjang.

Namun penanaman timun di negara tersebut sangat memberangsangkan mungkin di sebabkan faktor suhu yang bersesuaian,rugi rasanya andai tanaman yang subur serta hasil yang segar terbiar tanpa pembeli di pasaran, Maka…penanam timun di Jepun telah mengambil beberapa inisiatif untuk melakukan hasil penanaman mereka, Nak tahu apa yang mereka lakukan????

mari kita saksikan… proses 1: timun yang baru bercambah dan masih bersaiz kecil dimasukkan ke dalam tiup plastik berbentuk proses 2 : memastikan tiup plastik tersebut benar-benar padan dengan saiz timun yang baru bercambah itu agar tidak terlalu padat atau terlalu banyak ruang yang berlebihan yang akan menyebabkan ianya longgar, agar mudah untuk tiup ini kekal bersama timun tersebut sepanjang tempoh pematangan

AKHIRNYA!!!!! terhasillah timun yang berwajah baru dan lebih menarik walaupun kita semua sudah tahu yang rasanya tetap sama……

Selain itu, selepas berjayanya proses ini, permintaan terhadap timun di pasaran Jepun turut meningkat. Malah harganya juga menjadi lebih tinggi dari sebelum ini….tak percaya????

INI BUKTINYA… haa!! betulkan?? selepas menjadi popular timun yang asalnya dulu berharga sekitar 190 yen kini dijual dengan harga 258 yen (17.58 dhm Morocco atau 07.80 ringgit Malaysia) erm….sangat mahalkan bagi sebiji timun? kalau dekat Malaysia timun paling mahal pun RM 1.oo sahaja sebiji.

SELAIN ITU, Ada juga suara daripada penduduk Jepun yang mengatakan selain sajian makanan mereka nampak lebih menarik dengan adanya timun berwajah baru ini juga mendorong anak-anak mereka untuk lebih menggemari sayuran terutamanya timun dalam setiap hidangan.

RALAT

Timun adalah sejenis sayuran yang berasal Asia Tenggara dan sangat digemari oleh rakyat negara serumpun (Malaysia , Indonesia , Brunei dan Singapura) , timun menjadi salah satu sayuran harian bagi masyarakat dari empat negara ini, persoalannya…Mengapa Kita tidak memulakan inovasi seperti ini?? bayangkan …andai inovasi ini berjaya kita asaskan..bukankah ianya boleh meningkatkan hasil dalam negara bukan sahaja daripada sudut pertanian malah daripada sudut pertambahan nilai eksport juga. Sejajar itu, ekonomi negara juga akan meningkat ..kenapa kita tak pernah memikirkannya?? perlukah bila tersungkur baru terngadah?

~ KESIMPULANNYA~

Setiap petani atau individu yang terlibat dalam bidang cultivation harus lebih kreatif dan lebih berinovasi dalam menarik minat pembeli, sentiasa ingin menampilkan sesuatu yang baru di pasaran global…tetapi apa yang paling utama ialah ‘pantas mengejar duit dan bukan hanya menadah tangan memohon agar duit jatuh ke riba’…..fikir-fikirkan duhai teman.

sekian, kembara2dunia, kenitra ville,02:44

Duga Sahabat

~Pba 2006 dalam ingatan, moga ukhwah yang terbina kekal selamanya, jauh di mata tak bererti jauh di hati~grabbing pic from Khairul abdan profile…(thanks frenz)

Nukilan ini kutujukan khas buat seorang teman(are-ai magnificent) yang menyumbangkan bingkisan ilham, agar mata penaku tidak terhenti tanpa kata.

Bermula al-kisah apabila seorang remaja bertanya padaku, Bicaralah pada kami tentang PERSAHABATAN…

Dan aku menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendiangmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Maka carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.Ingatlah dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan, kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

P/s: buat semua teman tersayang, hargailah ukhwah yang terbina, terimalah seadanya baik dan buruk seseorang teman itu, ingatlah! Manusia tidak mungkin hidup sendirian tanpa berteman….benar!! teman bukan segalanya tetapi sebagai manusia kita memerlukan teman…Lantaran itu, rapatkan ukhwah dgn jalinan kemaafan dan saling lengkap melengkapi..teringat aku kata seorang temanku “kongsi kelebihan tampung kekurangan

kembara2dunia, kenitra ville, 20:10

Ibnou Tufail

salam hormat ,

sejuta langkah menuju kejayaan ku mulakan di sini

memandangkan diri ini merupakan pelajar di Universiti Ibnou Tufail, kenitra , Maroc membuatkan hati kecil ini terpanggil untuk mengkaji siapa sebenarnya Ibnou Tofail sehinggakan namanya agak masyhur dikalangan pengkaji ilmuan Islam..apakah kehebatan dan keistimewaan beliau sehingga namanya diambil untuk dijadikan nama sebuah pusat pengajian tinggi…Ayuh!bersama kita telusuri ….siapa Ibnou Tufail yang sebenar.

Ahli falsafah yang mendahului zaman.

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat. Namun begitu, falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia. Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam.

Walaupun beberapa tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibn Sina mendapat pengiktirafan dari Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Kajian-kajian mengenai tokoh berkenaan masih belum memadai dan jauh daripada memuaskan.

Walaupun para sarjana, ilmuwan, dan ahli falsafah Islam telah menghasilkan sejumlah karya-karya yang besar tetapi kebanyakan tulisan mereka belum diterjemahkan.

Tidak kurang juga yang musnah disebabkan oleh peperangan dan penaklukan yang dilakukan oleh kuasa asing. Malahan kajian yang dibuat terhadap pemikiran falsafah beberapa tokoh terkenal seperti Ibnu Rusyd tidak diberikan penilaian yang adil. Kajian dan terjemahan yang dibuat oleh S.Van den Berg terhadap kitab “Lima Baida al-Thaan”, tulisan Ibnu Rusyd mengenai metafizik misalnya tidak mendapat sorotan yang meluas wahal kajian tersebut dapat membantu kita memahami dan mendekati pemikiran ahli falsafah itu dengan lebih mendalam lagi.

Begitu juga dengan pemikiran falsafah Ibn Tufail tidak banyak diketahui oleh umat Islam sendiri. Ibn Tufail yang lahir pada tahun 1106 Masihi di Asya, Granada lebih dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang handal. Semasa pemerintahan al-Mu’min ibn Ali, Ibn Tufail atau nama asalnya, Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi pernah dilantik sebagai pembantu gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi.

Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, Abu Ya’kub Yusuf. Selepas bersara, tempatnya digantikan oleh anak muridnya iaitu Ibnu Rusyd. Semasa hayatnya, Ibn Tufail pernah dilantik sebagai menteri dan merupakan ahli politik yang dihormati oleh pihak pemerintah.

Selain itu, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang pendidikan, pengadilan, dan penulisan. Walaupun Ibn Tufail dikatakan telah menulis banyak buku tetapi hanya sebuah sahaja kitab yang diwariskan kepada generasi umat Islam hari ini. Kitab itu ialah “Hay ibn Yaqzan” yang memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa yang menarik dan imiginasi yang indah. Buku ini dianggap sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan oleh seorang ahli falsafah Islam.

Buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa dunia. Yang menarik dalam buku itu, Ibn Tufail berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah. Katanya, semua ini dapat dilakukan dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.

Menerusi buku itu, Ibn Tufail cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri manusia. Beliau berusaha mengungkap persoalan serta hubungan antara manusia, akal, dan Tuhan. Untuk itu, beliau telah menggunakan watak Hayibn Yaqzan yang hidup di sebuah pulau di Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan iaitu panas, sejuk, kering, dan basah dengan tanah. Watak itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan pancaindera. Langkah Ibn Tufail menggunakan analog! watak tersebut dalam bukunya dianggap sebagai suatu perkara yang luar biasa dalam penulisan karya yang berbentuk falsafah.

Watak itu tidak pernah mengenali kedua-dua ibu bapanya. Tetapi alam telah memberinya seekor kijang yang menyusu dan memberinya makan. Setelah dewasa, dia mengarahkan pandangannya terhadap perkara yang ada di sekelilingnya. Di sini dia mulai membahaskan tentang kejadian dan rahsia perubahan yang berlaku disekelilingnya. Pada anggapannya di sebalik alamnya terdapat sebab-sebab yang tersembunyi yang mentadbir dan membentuknya. Hay bin Yaqzan selalu membahas dan menganalisa sesuatu perkara sehingga dia mampu mengetahui bahawa kebahagian dan kesengsaraan manusia itu bergantung kepada hubungannya dengan Allah. Dengan watak “Hay” itu, Ibn Tufail berjaya membuat huraian yang menarik sekaligus membantu kita memahami pemikiran falsafahnya.

Buku itu juga mengandungi pengamatan Ibn Tufail mengenai ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya. Ibn Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh. Dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini. Falsafah Ibn Tufail bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabii seperti fizik. Ibn Tufail mendapati bahawa lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah. Hal ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang dan lapisan udara.

Beliau juga mendapati bahawa kepanasan boleh dihasilkan melalui geselan, gerakan cahaya sama ada daripada apt ataupun matahari. Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini tetapi pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya. Pemikiran falsafah Ibn Tufail juga meliputi perkara yang berhubung dengan masyarakat. Beliau menyifatkan masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota yang malas. Lantaran itu, mereka mudah terpengaruhi dan terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu memperbahaskannya.

Ibn Tufail hidup hampir sezaman dengan Ibnu Bajjah. Maka sebab itu beliau mudah menerima pandangan falsafah Ibnu Bajjah, al-Farabi, dan beberapa ahli falsafah Islam yang lain dengan baik. Menurut sesetengah pengkaji dan pemikir, Ibn Tufail banyak dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Bajjah sebagaimana yang dapat diperhatikan pada pertengahan buku Hay bin Yaqzan yang banyak membawa saranan yang terdapat dalam kitab “al-Mutawwahid”. Dalam buku itu, Ibnu Bajjah telah melakukan pembelaan terhadap tulisan-tulisan al Farabi dan Ibnu Sina.

Namun begitu, Ibnu Tufail tidak menerima sarangan itu bulat-bulat melainkan selepas dibahaskan secara kritis. Selain itu beliau seorang yang berpegang kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.

Barangkali bertitik tolak daripada sikapnya itu, beliau tidak menyepi dan mengasingkan diri seperti mana yang dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain. Sebaliknya beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara aktif dalam urusan pemerintahan serta kenegaraan.

~kembara2dunia,kenitra ville, 17:00

Rasionalkah Kata Mereka?

Segaris rasa daripada kembara2dunia:-

“Assalamualaikum kepada semua pembaca ,pertamanya saya ingin memohon seribu kemaafan andai apa yang bakal saya hidangkan buat semua ini akan mencetuskan sedikit kontroversi terutamanya dikalangan pembaca wanita, bukan bertujuan untuk memaparkan kelemahan atau menjatuhkan insane yang bergelar wanita tetapi sekadar ingin memaparkan rasionalnya kata-kata orang di luar mengenai PERIHAL WANITA, Namun terimalah dengan hati terbuka dan jadikan kritikkan sebagai aspirasi membaiki diri.”

“Cerita ini peringatan untuk kawan lelaki j,tetapi orang perempuan nak take note pun boleh .Jom kita tenguk benda-benda yang selama ini menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan mengumpat, tapi kenyataan. jadi bagi lelaki haruslah fahami hakikat bahawa perempuan itu……Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi.

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,”tengok anak orang teringat anak kita.” Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata,” tengok
bini orang terlupa bini kita!” Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang
perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit ke shopping complex tiap-tiap minggu!

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah.

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suamiisteri adalah berpunca daripada suami.

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang
ketika apa saja ialah per…per…!

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah – tengok muka sendiri.

Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka
memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit.

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja.

Menurut satu perangkaan, orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

Tahu tak??

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.

P/s: kepada kaum hawa, buktikan kepada kaum adam bahawa firasat mereka tidak tepat sama sekali, jangan kau tangisi fitrah dirimu, namun berusahalah untuk buktikan bahawa “tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegarkan dunia”.Jangan besedih hati dengan apa yang saya sajikan ini, hadapi ia dengan minda merdeka, saya fahami apa yang anda rasakan kerana saya jua wanita…

Sekian, ~kembara2dunia, kenitra ville, 15:07

Diari sepi Anak Kecil

Denai aman bergejolak lagi

kian kali bungkami hati

teriakkan anak kecil menggempar sepi

bertandang pilu berselubungi duri

selumbar bermaha prajudis

terbang suka merembes hiba

entah mana perginya sayang

lenyap tak terkesan ihsan

anak kecil itu mencoret derita

diari hatinya megukir lara

pudar senyum walau tak bernoda

dek peluru tiada berjiwa

apa daya dia merintis

mampu saksi dan tangis

tiada terluah kata melawan

kerna dia hanya anak kecil

hanya anak kecil!

Patri Ceria

ukirkan senyum di pahit hempedu

garap indah melawan payah

khabarkan bulan kukirim rindu

sayugia esok beroleh hidayah

KALAM ILLAHI MERUNGKAP SEGALA PERSOALAN

1. Kenapa aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

’’kami telah beriman“ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami

telah menguji orang2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2

yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta’’ (al-ankabut: 2-3)

2. kenapa aku tak dapat apa yg aku nak?

’’Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula

Kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.“ (al-baqarah:216)

3. Kenapa ujian seberat ini?

’’Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya“

(al-baqarah:286)

4. kenapa rasa kecewa?

’’janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman“

(al-imran:139)

5. Arghhh…aku dah tak dapat bertahan lagi!!!

’’….dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir“ (yusuf:12)

6. Apa yang aku dapat dari semua ini?

’’sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……“(at-taubah:111)

7. Bagaimana harus aku hadapi segalanya?

’’wahai org2 yg beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam

mengerjakan perkara2 yg berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada

kesabaran musuh,di medan perjuangan, dan bersedialah( dengan kekuatan pertahanan

di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya

(mencapai kemenangan)” (al-imran:200)

‘’ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan

sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk“ ( al-baqarah:45)

8. Kepada siapa dapatku bergantung harap?

’’ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal.“ ( at-taubah:129)

p/s:
hidup
+senyumduka =ceria

~kembara2dunia,kenitra ville, 2008

Dilema wanita

~ KISAH SERIKANDI~

17 Mei 2008, hati kecil ini terpanggil untuk meluahkan kata mengenai insan

yang bergelar wanita kerana aku jua wanita…

Dilahirkan sebagai hawa, kaum yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan bahu dan berdiri lurus sebarisan dengan golongan perwira sebagai serikandi suci dan terus mekar mewangi di medan dakwah dan perjuangan hakiki dalam merebut kasih Illahi, bertepatan dgn fitrah wanita lembut adalah kekuatan disebalik ketabahan dan kebijaksanaan

Selain itu, wanita juga memiliki sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat sehingga istimewanya wanita apabila dianugerahkan Allah sebagai tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal menerajui dunia dengan pelbagai warna dan corak tersendiri.Jasa wanita dalam pembangunan sesebuah institusi kekeluargaan juga tidak pernah dinafikan dalam peradaban sejarah pembangunan manusia.

Senyumannya adalah rahsia yang tersimpan di lubuk hati dan tangisannya disebabkan saratnya rasa yang ditanggung di sanubari.Namun pernah seketika dahulu, wanita dianggap pencetus hina’ dalam kehidupan bagi sesebuah keluarga.Membenarkannya hidup seumpama membenarkan kehinaan bertapak di bumi nyata dan pernah juga menjadi golongan yang terbuang serta tidak diakui martabatnya, ini diakui oleh kalam Allah yang bermaksud:-

‚’’ dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah,Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya, Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?, ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu“ (surah: An Nahl: ayat 58-59)

Namun kedatangan Islam meninggikan martabat dan melindungi hak golongan ibu ini, Islam mengiktiraf wanita sebagai sayap kiri dalam perjuangan, Maka berbangga dan bersyukurlah kamu yang bergelar Muslimah.

Duhai wanita….

Hargailah apa yang ada padamu, gunakan ia sebaiknya dan peliharalah maruah mu setinggi kejora di dasar langit agar ia tidak direndahkan atau dipijak sekali lagi serendah pasir terdampar, katahuilah masyhurnya seorang wanita kerana rahsia yang tersembunyi walaupun hakikat kehadirannya cukup menggegarkan ….fikir-fikirkan..kembara2dunia, kenitra ville

Triple I (islam~iman~ihsan)

“Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. (hari kiamat)

Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata(umar): Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda : Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

(Hadis riwayat Muslim)

kandungan hadis:

1. hadis ini amat jelas maksudnya… di mana ia menceritakan tentang:-

i-apakah Islam???

iaitu sesuatu yg kita dah belajar sejak tadika lg kan??? cuma persoalannya sekarang, adakah kita memahaminya dan melaksanakannya??? rata2 muslim di Malaysia nih, kita mempelajarinya, dan melaksanakannya tanpa mendalami terlebih dahulu maksud2 rukun Islam ini… betul kan??? tp xpe, x terlewat lg… masih bleh belajar… Dcuba kita fahami makna kalimah syahadah itu sendiri… dan, kita tanya pada diri kita, kenapa kita solat??? apa faedah2nya??? kalau la kita solat hanya semata2 nak lepaskan tanggungjawab kita sbg muslim, maka kita dikira msh belum memahaminya… seseorg yg telah memahaminya akan cuba utk memperbaiki ibadah solatnya, cuba melakukan solat2 sunat kerana mereka merasai kenikmatan menunaikan ibadah solat… dan apb seseorg itu merasai kemanisan ibadah solat, dia akan merasai bahawa solat ini ada 1001 mcm kebaikan… antaranya, solat itu adalah doa! solat itu adalah sbg tanda ketaatan kita kpd Sang Pencipta… dan jgk, solat itu adalah satu bentuk exercise! begitu jg ibadat puasa, zakat dan haji… ada kebaikannya..

ii- apakah Iman???

ini pun kita telah pelajarinya sejak masuk pre-school lagi kan??? skali lg, adakah kita benar2 memahaminya???? ermmm… klu belum, ambil la masa utk mempelajari ilmu ini.. x rugi.. (sy sdri pun masih cuba sedaya upaya utk menambah ilmu dlm memahami ilmu2 ini…. :D) cth yg bleh kita buat??? ermm… mempelajari ilmu2 al-quran… dah khatam 7-8 kali, pekata kali nih baca tafsir plak n fahamkan n once dah faham, apply dlm kehidupan seharian… jom kita sama2 jadi generasi al-quran yg unik!!!! D

2. ermm..then, hadis nih jg ada menyentuh ttg ihsan! ihsan maksudnya ikhlas dan tekun.. dan apb kita memahami mksd ihsan nih, kita melakukan ibadah seolah2 kita melihat ALLAH.. atau tak pun, kita akan ikhlas dlm menunaikan ibadah kerana kita tahu, ALLAH itu melihat kita!

3. dan yg terakhir… tiada sesiapa yg mengetahui bila akan terjadinya kiamat! tetapi berdasarkan hadis ini, kita mesti aware kan, kiamat itu amat dekat dgn kita skrg.. telah berlaku tanda2 kiamat yg disebutkan oleh Rasulullah SAW… ibu menjadi ‘org gaji’ anak2nya sendiri…dan ramai aje org berebut utk mendapatkan harta dunia… huhuhuhu


jadi mesej yang boleh diambil???

jom bersam-sama kita muhasabah diri kita, tak lama dah masa yang kita ada, bila-bila masa ajal akan datangg menjemput… kalau masih tak faham erti sebenar rukun islam dan iman, sama-sama lah kita belajar untuk memahami, faham di sini bermaksud sekadar faham tetapi kita faham as a whole! )

sekadar satu peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian…moga bersama mendapat rahmat dan kasih sayang-Nya..Allahu a3lam.~kembara2dunia~kenitra ville 2008

Aku Adalah Nakhoda

Terhenti langkahku seketika,

pabila melayang jauh cita dijiwa,

Kembalikan ku semangat waja,

Melewati hamparan sukma,

Menanti sejuta suara,

Memanggilku srikandi nusa

Kan ku pasak maya erat,

Moga terbit kalimah keramat,

Sedingin embun azimat,

Kan ku ukir mercu jaya di awanan,

Biarpun kelabu dasarnya,

Kerna ku percaya akan jernih jua..

Andai tak bisa ku rungkai simpulan,

Akan kuratip semangat kebangkitan,

Moga kutemui kekuatan,

ku  nanti titisan  emas mghujan

akan kukutip walaupun ia kian hilang.

Pelayaranku takkan ku biar tenggelam

Sesat tiada berhaluan

Lantas kucantas pautan keraguan,

Dek tautan lara di balik lautan fikiran,

Akan ku jejak gelombang perjuangan,

Kulayang  segunung pinta

Merintih rayu belas  Yang kuasa

lindung dari mara bahaya,

tatkala ku tegakkan layar melawan badai muara

ku damba ehsanNya

di tiap jejak perjalanan sanubariku

andai tak kutemui sinar penyuluh laluan,

akan ku hidupkan pelita keberanian,

kan kutelusuri jua lautan pertempuran

akan ku pastikan sauh kembali terpasak di daratan

kerna aku adalah nakhoda sebuah pelayaran

bergelar kehidupan…

kembara2dunia, kenitra morocco

15 feb 2008


Kemis kasih bonda

terpaku tatkala melewati lorong pilu,

terhenti langkah beribu,

lisan terkelu tiada bersuara merdu…

terlihat patri kasihnya  bonda ,

memperjudi  maruah dan rasa,

merelakan hina dan caci si manusia

ku lihat si ibu …

mengelus lembut jemari..

si kecil kedinginan,

terdakap erat dalam pelukan,

hangat diribaan lena diperbaringan…


ku buangkan pandangan ke seberang,
hiba hati tak berkeruan,

kurenung jauh dibingkai sukma,

baru kusedar mahal kasih bonda…

pintaku…..

moga gerimis berlalu pergi,

membenarkan mentari menonjol diri,

tak mahu kulihat generasi,

merayu ehsan demi sekeping roti,

menyara nyawa permata hati….

Kudamba dunia kembali berseri,

Makmurnya atas usaha sendiri,

Tiada lagi sandaran bakti,

Terhapus budi menanti dibalasi….

~kembara2dunia,kenitra morocco~


« Previous entries