Dilema wanita

~ KISAH SERIKANDI~

17 Mei 2008, hati kecil ini terpanggil untuk meluahkan kata mengenai insan

yang bergelar wanita kerana aku jua wanita…

Dilahirkan sebagai hawa, kaum yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan bahu dan berdiri lurus sebarisan dengan golongan perwira sebagai serikandi suci dan terus mekar mewangi di medan dakwah dan perjuangan hakiki dalam merebut kasih Illahi, bertepatan dgn fitrah wanita lembut adalah kekuatan disebalik ketabahan dan kebijaksanaan

Selain itu, wanita juga memiliki sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat sehingga istimewanya wanita apabila dianugerahkan Allah sebagai tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal menerajui dunia dengan pelbagai warna dan corak tersendiri.Jasa wanita dalam pembangunan sesebuah institusi kekeluargaan juga tidak pernah dinafikan dalam peradaban sejarah pembangunan manusia.

Senyumannya adalah rahsia yang tersimpan di lubuk hati dan tangisannya disebabkan saratnya rasa yang ditanggung di sanubari.Namun pernah seketika dahulu, wanita dianggap pencetus hina’ dalam kehidupan bagi sesebuah keluarga.Membenarkannya hidup seumpama membenarkan kehinaan bertapak di bumi nyata dan pernah juga menjadi golongan yang terbuang serta tidak diakui martabatnya, ini diakui oleh kalam Allah yang bermaksud:-

‚’’ dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah,Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya, Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?, ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu“ (surah: An Nahl: ayat 58-59)

Namun kedatangan Islam meninggikan martabat dan melindungi hak golongan ibu ini, Islam mengiktiraf wanita sebagai sayap kiri dalam perjuangan, Maka berbangga dan bersyukurlah kamu yang bergelar Muslimah.

Duhai wanita….

Hargailah apa yang ada padamu, gunakan ia sebaiknya dan peliharalah maruah mu setinggi kejora di dasar langit agar ia tidak direndahkan atau dipijak sekali lagi serendah pasir terdampar, katahuilah masyhurnya seorang wanita kerana rahsia yang tersembunyi walaupun hakikat kehadirannya cukup menggegarkan ….fikir-fikirkan..kembara2dunia, kenitra ville

Tinggalkan Komen