Arkib bagi Jun 18, 2008

Duga Sahabat

~Pba 2006 dalam ingatan, moga ukhwah yang terbina kekal selamanya, jauh di mata tak bererti jauh di hati~grabbing pic from Khairul abdan profile…(thanks frenz)

Nukilan ini kutujukan khas buat seorang teman(are-ai magnificent) yang menyumbangkan bingkisan ilham, agar mata penaku tidak terhenti tanpa kata.

Bermula al-kisah apabila seorang remaja bertanya padaku, Bicaralah pada kami tentang PERSAHABATAN…

Dan aku menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendiangmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Maka carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.Ingatlah dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan, kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

P/s: buat semua teman tersayang, hargailah ukhwah yang terbina, terimalah seadanya baik dan buruk seseorang teman itu, ingatlah! Manusia tidak mungkin hidup sendirian tanpa berteman….benar!! teman bukan segalanya tetapi sebagai manusia kita memerlukan teman…Lantaran itu, rapatkan ukhwah dgn jalinan kemaafan dan saling lengkap melengkapi..teringat aku kata seorang temanku “kongsi kelebihan tampung kekurangan

kembara2dunia, kenitra ville, 20:10

Ibnou Tufail

salam hormat ,

sejuta langkah menuju kejayaan ku mulakan di sini

memandangkan diri ini merupakan pelajar di Universiti Ibnou Tufail, kenitra , Maroc membuatkan hati kecil ini terpanggil untuk mengkaji siapa sebenarnya Ibnou Tofail sehinggakan namanya agak masyhur dikalangan pengkaji ilmuan Islam..apakah kehebatan dan keistimewaan beliau sehingga namanya diambil untuk dijadikan nama sebuah pusat pengajian tinggi…Ayuh!bersama kita telusuri ….siapa Ibnou Tufail yang sebenar.

Ahli falsafah yang mendahului zaman.

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat. Namun begitu, falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia. Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam.

Walaupun beberapa tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibn Sina mendapat pengiktirafan dari Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Kajian-kajian mengenai tokoh berkenaan masih belum memadai dan jauh daripada memuaskan.

Walaupun para sarjana, ilmuwan, dan ahli falsafah Islam telah menghasilkan sejumlah karya-karya yang besar tetapi kebanyakan tulisan mereka belum diterjemahkan.

Tidak kurang juga yang musnah disebabkan oleh peperangan dan penaklukan yang dilakukan oleh kuasa asing. Malahan kajian yang dibuat terhadap pemikiran falsafah beberapa tokoh terkenal seperti Ibnu Rusyd tidak diberikan penilaian yang adil. Kajian dan terjemahan yang dibuat oleh S.Van den Berg terhadap kitab “Lima Baida al-Thaan”, tulisan Ibnu Rusyd mengenai metafizik misalnya tidak mendapat sorotan yang meluas wahal kajian tersebut dapat membantu kita memahami dan mendekati pemikiran ahli falsafah itu dengan lebih mendalam lagi.

Begitu juga dengan pemikiran falsafah Ibn Tufail tidak banyak diketahui oleh umat Islam sendiri. Ibn Tufail yang lahir pada tahun 1106 Masihi di Asya, Granada lebih dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang handal. Semasa pemerintahan al-Mu’min ibn Ali, Ibn Tufail atau nama asalnya, Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi pernah dilantik sebagai pembantu gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi.

Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, Abu Ya’kub Yusuf. Selepas bersara, tempatnya digantikan oleh anak muridnya iaitu Ibnu Rusyd. Semasa hayatnya, Ibn Tufail pernah dilantik sebagai menteri dan merupakan ahli politik yang dihormati oleh pihak pemerintah.

Selain itu, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang pendidikan, pengadilan, dan penulisan. Walaupun Ibn Tufail dikatakan telah menulis banyak buku tetapi hanya sebuah sahaja kitab yang diwariskan kepada generasi umat Islam hari ini. Kitab itu ialah “Hay ibn Yaqzan” yang memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa yang menarik dan imiginasi yang indah. Buku ini dianggap sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan oleh seorang ahli falsafah Islam.

Buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa dunia. Yang menarik dalam buku itu, Ibn Tufail berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah. Katanya, semua ini dapat dilakukan dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.

Menerusi buku itu, Ibn Tufail cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri manusia. Beliau berusaha mengungkap persoalan serta hubungan antara manusia, akal, dan Tuhan. Untuk itu, beliau telah menggunakan watak Hayibn Yaqzan yang hidup di sebuah pulau di Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan iaitu panas, sejuk, kering, dan basah dengan tanah. Watak itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan pancaindera. Langkah Ibn Tufail menggunakan analog! watak tersebut dalam bukunya dianggap sebagai suatu perkara yang luar biasa dalam penulisan karya yang berbentuk falsafah.

Watak itu tidak pernah mengenali kedua-dua ibu bapanya. Tetapi alam telah memberinya seekor kijang yang menyusu dan memberinya makan. Setelah dewasa, dia mengarahkan pandangannya terhadap perkara yang ada di sekelilingnya. Di sini dia mulai membahaskan tentang kejadian dan rahsia perubahan yang berlaku disekelilingnya. Pada anggapannya di sebalik alamnya terdapat sebab-sebab yang tersembunyi yang mentadbir dan membentuknya. Hay bin Yaqzan selalu membahas dan menganalisa sesuatu perkara sehingga dia mampu mengetahui bahawa kebahagian dan kesengsaraan manusia itu bergantung kepada hubungannya dengan Allah. Dengan watak “Hay” itu, Ibn Tufail berjaya membuat huraian yang menarik sekaligus membantu kita memahami pemikiran falsafahnya.

Buku itu juga mengandungi pengamatan Ibn Tufail mengenai ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya. Ibn Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh. Dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini. Falsafah Ibn Tufail bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabii seperti fizik. Ibn Tufail mendapati bahawa lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah. Hal ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang dan lapisan udara.

Beliau juga mendapati bahawa kepanasan boleh dihasilkan melalui geselan, gerakan cahaya sama ada daripada apt ataupun matahari. Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini tetapi pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya. Pemikiran falsafah Ibn Tufail juga meliputi perkara yang berhubung dengan masyarakat. Beliau menyifatkan masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota yang malas. Lantaran itu, mereka mudah terpengaruhi dan terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu memperbahaskannya.

Ibn Tufail hidup hampir sezaman dengan Ibnu Bajjah. Maka sebab itu beliau mudah menerima pandangan falsafah Ibnu Bajjah, al-Farabi, dan beberapa ahli falsafah Islam yang lain dengan baik. Menurut sesetengah pengkaji dan pemikir, Ibn Tufail banyak dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Bajjah sebagaimana yang dapat diperhatikan pada pertengahan buku Hay bin Yaqzan yang banyak membawa saranan yang terdapat dalam kitab “al-Mutawwahid”. Dalam buku itu, Ibnu Bajjah telah melakukan pembelaan terhadap tulisan-tulisan al Farabi dan Ibnu Sina.

Namun begitu, Ibnu Tufail tidak menerima sarangan itu bulat-bulat melainkan selepas dibahaskan secara kritis. Selain itu beliau seorang yang berpegang kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.

Barangkali bertitik tolak daripada sikapnya itu, beliau tidak menyepi dan mengasingkan diri seperti mana yang dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain. Sebaliknya beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara aktif dalam urusan pemerintahan serta kenegaraan.

~kembara2dunia,kenitra ville, 17:00

Rasionalkah Kata Mereka?

Segaris rasa daripada kembara2dunia:-

“Assalamualaikum kepada semua pembaca ,pertamanya saya ingin memohon seribu kemaafan andai apa yang bakal saya hidangkan buat semua ini akan mencetuskan sedikit kontroversi terutamanya dikalangan pembaca wanita, bukan bertujuan untuk memaparkan kelemahan atau menjatuhkan insane yang bergelar wanita tetapi sekadar ingin memaparkan rasionalnya kata-kata orang di luar mengenai PERIHAL WANITA, Namun terimalah dengan hati terbuka dan jadikan kritikkan sebagai aspirasi membaiki diri.”

“Cerita ini peringatan untuk kawan lelaki j,tetapi orang perempuan nak take note pun boleh .Jom kita tenguk benda-benda yang selama ini menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan mengumpat, tapi kenyataan. jadi bagi lelaki haruslah fahami hakikat bahawa perempuan itu……Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi.

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,”tengok anak orang teringat anak kita.” Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata,” tengok
bini orang terlupa bini kita!” Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang
perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit ke shopping complex tiap-tiap minggu!

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah.

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suamiisteri adalah berpunca daripada suami.

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang
ketika apa saja ialah per…per…!

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah – tengok muka sendiri.

Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka
memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit.

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja.

Menurut satu perangkaan, orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

Tahu tak??

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.

P/s: kepada kaum hawa, buktikan kepada kaum adam bahawa firasat mereka tidak tepat sama sekali, jangan kau tangisi fitrah dirimu, namun berusahalah untuk buktikan bahawa “tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegarkan dunia”.Jangan besedih hati dengan apa yang saya sajikan ini, hadapi ia dengan minda merdeka, saya fahami apa yang anda rasakan kerana saya jua wanita…

Sekian, ~kembara2dunia, kenitra ville, 15:07

Diari sepi Anak Kecil

Denai aman bergejolak lagi

kian kali bungkami hati

teriakkan anak kecil menggempar sepi

bertandang pilu berselubungi duri

selumbar bermaha prajudis

terbang suka merembes hiba

entah mana perginya sayang

lenyap tak terkesan ihsan

anak kecil itu mencoret derita

diari hatinya megukir lara

pudar senyum walau tak bernoda

dek peluru tiada berjiwa

apa daya dia merintis

mampu saksi dan tangis

tiada terluah kata melawan

kerna dia hanya anak kecil

hanya anak kecil!

Patri Ceria

ukirkan senyum di pahit hempedu

garap indah melawan payah

khabarkan bulan kukirim rindu

sayugia esok beroleh hidayah

KALAM ILLAHI MERUNGKAP SEGALA PERSOALAN

1. Kenapa aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

’’kami telah beriman“ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami

telah menguji orang2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2

yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta’’ (al-ankabut: 2-3)

2. kenapa aku tak dapat apa yg aku nak?

’’Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula

Kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.“ (al-baqarah:216)

3. Kenapa ujian seberat ini?

’’Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya“

(al-baqarah:286)

4. kenapa rasa kecewa?

’’janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman“

(al-imran:139)

5. Arghhh…aku dah tak dapat bertahan lagi!!!

’’….dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir“ (yusuf:12)

6. Apa yang aku dapat dari semua ini?

’’sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……“(at-taubah:111)

7. Bagaimana harus aku hadapi segalanya?

’’wahai org2 yg beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam

mengerjakan perkara2 yg berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada

kesabaran musuh,di medan perjuangan, dan bersedialah( dengan kekuatan pertahanan

di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya

(mencapai kemenangan)” (al-imran:200)

‘’ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan

sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk“ ( al-baqarah:45)

8. Kepada siapa dapatku bergantung harap?

’’ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal.“ ( at-taubah:129)

p/s:
hidup
+senyum-duka =ceria

~kembara2dunia,kenitra ville, 2008

Dilema wanita

~ KISAH SERIKANDI~

17 Mei 2008, hati kecil ini terpanggil untuk meluahkan kata mengenai insan

yang bergelar wanita kerana aku jua wanita…

Dilahirkan sebagai hawa, kaum yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan bahu dan berdiri lurus sebarisan dengan golongan perwira sebagai serikandi suci dan terus mekar mewangi di medan dakwah dan perjuangan hakiki dalam merebut kasih Illahi, bertepatan dgn fitrah wanita lembut adalah kekuatan disebalik ketabahan dan kebijaksanaan

Selain itu, wanita juga memiliki sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat sehingga istimewanya wanita apabila dianugerahkan Allah sebagai tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal menerajui dunia dengan pelbagai warna dan corak tersendiri.Jasa wanita dalam pembangunan sesebuah institusi kekeluargaan juga tidak pernah dinafikan dalam peradaban sejarah pembangunan manusia.

Senyumannya adalah rahsia yang tersimpan di lubuk hati dan tangisannya disebabkan saratnya rasa yang ditanggung di sanubari.Namun pernah seketika dahulu, wanita dianggap pencetus hina’ dalam kehidupan bagi sesebuah keluarga.Membenarkannya hidup seumpama membenarkan kehinaan bertapak di bumi nyata dan pernah juga menjadi golongan yang terbuang serta tidak diakui martabatnya, ini diakui oleh kalam Allah yang bermaksud:-

‚’’ dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah,Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya, Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?, ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu“ (surah: An Nahl: ayat 58-59)

Namun kedatangan Islam meninggikan martabat dan melindungi hak golongan ibu ini, Islam mengiktiraf wanita sebagai sayap kiri dalam perjuangan, Maka berbangga dan bersyukurlah kamu yang bergelar Muslimah.

Duhai wanita….

Hargailah apa yang ada padamu, gunakan ia sebaiknya dan peliharalah maruah mu setinggi kejora di dasar langit agar ia tidak direndahkan atau dipijak sekali lagi serendah pasir terdampar, katahuilah masyhurnya seorang wanita kerana rahsia yang tersembunyi walaupun hakikat kehadirannya cukup menggegarkan ….fikir-fikirkan..kembara2dunia, kenitra ville